Peguam : Bukan mudah ganti baharu Bezza ‘gula’, pemilik lakukan semula proses awal pembelian

518

Proses penggantian kereta baharu Nagakanni Subramaniam selepas Perodua Bezza miliknya rosak tidak mudah, kata peguam, Asiah Abd Jalil.

Proses yang panjang melibatkan tiga perjanjian yang telah ditandatangani Nagakanni iaitu:

  • Perjanjian antara pembeli dengan Perodua
  • Perjanjian pembeli dan bank
  • Perjanjian pembeli dengan syarikat insurans kereta



Semua perjanjian di atas melibatkan nombor casis dan enjin yang spesifik bagi kenderaan yang dibeli.

Maka, tidak mudah Perodua menggantikan kereta baharu, memandangkan pinjaman bank Perodua Bezza ‘gula’ itu perlu ditamatkan.

Manakala kereta baharu didaftarkan hak milik kepada Nagakanni dan kereta yang rosak itu dilupuskan.

“Sekiranya Perodua mendapati bahawa kereta yang ‘bergula’ itu rosak secara major, syarikat insurans akan tampil untuk membuat penilaian.

“Jika syarikat insurans mendapati kerosakan tersebut menjangkaui pembaikan yang ekonomik, mereka akan mengisytiharkan kereta berkenaan sebagai total loss.

“Selepas itu, syarikat insurans akan membayar keseluruhan baki pinjaman kepada bank untuk kereta yang ‘bergula’ itu.

“Bagi kereta baharu yang diganti Perodua, Nagakanni perlu mulakan semula semua proses dari awal. Mohon pinjaman baharu, tandatangan perjanjian baharu, pendaftaran dan sebagainya dengan semua ini di bawah nombor casis dan nombor enjin baharu,” katanya.

LIMA KOMPONEN PEMILIKAN KERETA

Asiah berkata, terdapat lima komponen yang dilalui dalam pemilikan sebuah kenderaan iaitu ascertainment; sewa beli; merchantable quality; waranti dan jaminan; serta pemindahan risiko.

“Jual beli kereta dikawal selia oleh undang-undang kontrak dan Akta Jualan Barangan. Apabila perjanjian jual beli ditandatangani oleh Perodua dengan pembeli, kemudiannya kereta dengan nombor casis dan nombor enjin didaftarkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah nama pembeli, proses ascertainment berlaku.

“Ia menyebabkan kereta dengan nombor casis dan nombor enjin yang unik tersebut, kini berpindah hak kepada pembeli secara sepenuhnya. Ascertainment ini menyebabkan pembeli sudah tidak boleh tukar kereta yang telah dimuktamadkan,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here