Terkejut apabila dihubungi untuk alih kereta hilang lapan tahun lalu

1460

Seorang lelaki dari Henan, sebuah daerah di China terkejut selepas menerima panggilan yang menyuruh dia mengalihkan kereta miliknya yang hilang sejak lapan tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Yang, adalah pemilik syarikat kereta sewa tempatan, kehilangan keretanya pada tahun 2012 selepas diberi sewa kepada seorang daripada pelanggannya.



Pelanggan itu difahamkan menggunakan kereta yang disewa tersebut sebagai gadai janji dengan individu lain, dengan harga yang lebih murah.

Yang melaporkan kes tersebut kepada pihak polis, namun kereta terbabit gagal ditemui semula kerana ia tidak dipasang dengan GPS.

kereta hilang

Pihak polis yang menyiasat kes ini berkata bahawa suspek telah terlibat dalam tiga kes menjual kereta sewa. Dua kereta yang dijual telah berjaya dikesan namun tidak bagi kereta milik Yang.

Berikutan penemuan semula kereta itu, netizen di platform media sosial Sina Weibo berkongsi kisah ini dan ada di antara mereka yang berkata sekiranya tidak dihubungi, kereta milik Yang tersebut kini mungkin menjadi timbunan besi buruk.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here