Kerjasama BAIT dan G-Shock hasilkan jam tangan Initial D edisi terhad

1681

Initial D merupakan siri ‘anime’ lumba jalanan Jepun karya Shuichi Shigeno yang sangat popular di seluruh dunia.

‘Anime’ ini memfokuskan kepada dunia perlumbaan jalanan Jepun yang tidak sah, di mana kebanyakan aksi tertumpu di lorong dan gunung.

g-shock initial d



Kini, peminat siri ‘anime’ ini sudah tentu tidak senang duduk apabila melihat model kolaborasi terkini antara G-Shock, Initial D dan butik BAIT ini.

Syarikat peruncit barangan koleksi premium, BAIT baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan G-Shock dengan memperkenalkan sebuah jam tangan G-Shock DW-5600 edisi Initial D.

g-shock initial d

Jam tangan G-Shock versi Initial D ini menampilkan gabungan warna hitam putih dan jalur hitam Toyota Sprinter Trueno APEX AE86 yang dipandu oleh watak utama, Takumi Fujiwara pada badan serta talinya.

Selain itu, penutup belakang pada jam tangan ini diukir khas dengan logo Initial D dan logo tersebut turut ditampilkan pada lampu jam apabila dinyalakan. Jam tangan ini turut akan disertakan bersama kotak dan bekas khas Initial D.

g-shock initial d

Jam tangan edisi khas ini akan mula dijual di kedai BAIT di Amerika Syarikat bermula semalam (26 Disember 2020) dan secara dalam talian menerusi pautan ini.

Manakala untuk pasaran Jepun, ianya akan dijual dalam unit yang terhad pada harga $200 (RM812). Ikuti laman sosial Bait Japan untuk maklumat lanjut sementara stok masih ada.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here