Bekas pekerja Mercedes di Sepanyol musnahkan 50 van sebagai tanda protes

1009

Seorang bekas pekerja kilang Mercedes-Benz di Victoria, Sepanyol mengamuk dan memusnahkan lebih 50 buah van sebagai tanda protes.

mercedes-benz protes

Menurut Carscoops, protes ini berpunca daripada skim peralihan baharu yang dilaksanakan oleh Mercedes-Benz, yang akan menyebabkan sebanyak 10 hingga 15 peratus pekerja terpaksa dibuang.



Suspek mencuri sebuah jentolak berat, dan memandu sejauh 21km menuju ke kilang tersebut yang terletak di ibu kota wilayah Basque.

Setibanya di kilang, dia merempuh pagar dan merosakkan beberapa buah Mercedes V-Class. Suspek juga difahamkan memasang niat untuk merempuh ke dalam kilang, dan merosakkan beberapa komponen pemasangan.

Secara keseluruhan, anggaran kerosakan yang dilakukan oleh suspek bernilai lebih dari USD2.4 juta (RM9.6 juta). Kes amuk ini difahamkan berlaku pada waktu malam, ketika beberapa orang berada di lokasi kejadian.

Sebelum ini, pekerja Mercedes-Benz difahamkan berkumpul di Victoria pada 18 Desember untuk memprotes pemecatan pekerja, dengan harapan pengeluar Jerman tersebut mungkin dapat mencari alternatif lain tanpa perlu memberhentikan mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here