Kutipan sebanyak RM395.3 juta dari saman tahun lalu – PDRM

1340

Kutipan saman tahun lalu merekodkan RM395.3 juta daripada 5.2 juta saman dikeluarkan berbanding RM305.9 juta hasil daripada lima juta saman dikeluarkan pada 2019.

kutipan saman
gambar hiasan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kutipan itu juga mencatatkan peningkatan iaitu RM89 juta atau 29.2 peratus.

Lanjut Azisman, pihaknya mensasarkan RM400 juta kutipan saman bagi tahun lalu namun tidak dapat mencapainya dan semua kutipan itu akan disalurkan kepada kerajaan.



“Selain itu, tahun lalu sebanyak 7,604 operasi dijalankan dan hasilnya 7,655 tangkapan dilakukan menyaksikan 3,394 individu ditahan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana kesalahan mabuk,” kata Azisman.

Azisman berkata, seramai 2,624 orang ditahan mengikut Seksyen 42 APJ 1987 (samseng jalanan) dan 1,637 tangkapan bagi lain kesalahan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here