PKP 2.0: Pemandu mabuk ditahan selepas rempuh dua sekatan jalan raya

1285

Seorang lelaki ditahan polis selepas kereta dipandunya merempuh dua sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melamam, Sipitang, semalam.

gambar hiasan

Suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu ditahan di tepi jalan Kampung Bangsal, Sindumin, kira-kira satu kilometer dari lokasi SJR selepas tayar keretanya pecah.

Menurut Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh, kejadian jam 1:30 tengah hari itu, sebuah Perodua Kancil dari arah Sipitang menuju ke Tenom merempuh SJR walaupun terdapat papan halangan polis.



Katanya, selepas merempuh SJR pertama, suspek melarikan diri dan selang 10 minit selepas itu, dia sekali lagi merempuh SJR dengan kereta yang sama dan melarikan diri.

“Akibat kejadian itu beberapa peralatan SJR rosak namun anggota polis dan RELA yang bertugas ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Champin Piuh.

“Anggota polis kemudian menjalankan siasatan dan sejam selepas itu kereta yang dipandu suspek berjaya dikesan,” tambahnya.

rempuh SJR

Champin berkata, suspek kemudian ditahan di tepi jalan Kampung Bangsal, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian selepas tayar kereta dipandunya pecah.

Suspek bersama kereta dipandunya kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang untuk siasatan lanjut. Ketika ditahan suspek didapati berada dalam keadaan mabuk.

Suspek kini direman untuk mendapatkan maklumat tujuan atau niat suspek merempuh SJR sebanyak dua kali. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here