Polis Pakistan tubuh pasukan berkasut roda bagi kawal kes jenayah jalanan

1203

Polis Karachi di Pakistan telah menubuhkan pasukan yang memakai kasut roda dalam usaha membendung kes jenayah jalanan.

Unit yang terdiri daripada 20 orang anggota itu merupakan sebahagian dari Unit Keselamatan Khas (SSU), merangkumi 10 pegawai lelaki dan 10 pegawai wanita.



Mereka ditugaskan untuk melakukan rondaan di lorong-lorong dan jalan-jalan sempit di bandar yang mempunyai populasi penduduk sebanyak 20 juta orang itu.

Menurut ketua unit pasukan, Farrukh Ali, mereka merasakan keperluan untuk mengambil pendekatan inovatif dalam mengendalikan jenayah jalanan.

Beberapa gambar dan video yang tular di internet menunjukkan anggota unit meluncur bersama-sama dengan senjata mereka.

Ali turut mengakui bahawa sukar untuk menugaskan unit itu di Karachi kerana keadaan jalan yang teruk dan tidak rata. Oleh itu pasukan berkasut roda tersebut akan dihantar ke jalan-jalan dan bahagian bandar dengan kejadian kecurian dan jenayah yang lebih tinggi.

Jelasnya lagi, sebagai langkah keselamatan, unit tersebut hanya akan membawa pistol tangan untuk mengurangkan risiko peluru terpantul.

Unit kasut roda itu akan mula bertugas secara rasmi bulan depan, sementara di laman sosial Twitter, ramai warganet meninggalkan komen berbaur lucu pada masa yang sama mempertikaikan pendekatan tersebut dengan beberapa kemungkinan situasi yang akan berlaku.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here