Lelaki Jepun ini ubah Daihatsu Move jadi Perodua Kenari

2913

Bagi kebanyakan kaki modifikasi tempatan mereka lebih gemar tampil menyerlah menggunakan model-model dari Jepun.

Misalnya Perodua Myi akan menggunakan model asal  Toyota Passo atau Daihatsu Boon manakala Proton Wira pula akan memilih panel badan daripada Mitsubihi Lancer.



Ragam ini sudah biasa dilihat dalam lapangan modifikasi bukan saja di Malaysia bahkan luar negara terutamanya peminat tegar kereta.

Seperti pemilik kereta asal Jepun yang bernama Sato Syota. Walaupun perkongsian berkenaan berlaku sebelum pandemik namun mencuri perhatian apabila Syota mengubah keretanya menjadi Perodua Kenari.

Ini mungkin kerana dia ingin tampil berbeza dan tidak mahu sama dengan yang lain. Dia mengubah model  Daihatsu Move miliknya kepada sebuah Perodua Kenari Aero.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ShotaPon.😎🤙 (@shotapon_69)

Perkongsian tiga tahun lalu itu menarik perhatian kaki kereta Malaysia. Menerusi gambar yang dimuatnaik, Syota menggunakan lencana Perodua Kenari bahkan meletakkan nombor plat gaya Malaysia ‘SATO 1111’.

Sedangkan, kaki JDM tempatan pula menggunakan nombor plat besi Jepun yang dibeli di kedai potong. Selain itu, Syota juga menggunakan tayar kangkang pada Kenari palsunya.  

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Sato Syota masih memiliki Perodua Kenari berkenaan kerana kami tidak dapat melihat perkongsian terkini pada laman Facebook miliknya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here