Selepas 19 tahun berehat, Ford kembali ke perlumbaan F1

355

Kali terakhir Ford menyertai perlumbaan Formula Satu (F1) ialah pada 2004, namun mereka mempunyai sejarah yang panjang dalam sukan itu untuk ditunjukkan sebagai bukti ia boleh berjaya hari ini. 

Ford pernah menerima anugerah 10 kejuaraan pembina dan 13 kejuaraan pemandu sejak penampilan sulung pada 1968 sebagai rakan kongsi Lotus. 

Kejayaan utama Ford yang terbaharu datang pada 1994 dengan Benetton apabila Michael Schumacher memenangi kejuaraan pemandu.



Namun selepas 19 tahun, Ford secara rasmi kembali ke perlumbaan Formula 1 sebagai rakan kongsi dengan Red Bull Powertrains. 

Mereka akan kembali pada musim 2026 apabila peraturan enjin baharu akan berkuat kuasa. Ini adalah pengeluar automotif terbesar Amerika kedua mengumumkan hasrat untuk menyertai F1 selepas pergumuman Andretti Motorsport dan Cadillac bulan Lalu.

Ford dan Red Bull akan membangunkan kedua-dua enjin pembakaran baharu yang menggunakan bahan api dan motor elektrik.

Ford berkata ia akan menyediakan kepakaran dalam bidang seperti pembangunan enjin pembakaran, sel bateri dan teknologi motor elektrik. Ia juga menghasilkan perisian kawalan unit kuasa dan analitik.

“Ini adalah permulaan lembaran baharu yang mendebarkan dalam kisah sukan permotoran Ford yang bermula apabila datuk moyang saya [Henry Ford] memenangi perlumbaan yang membantu melancarkan syarikat kami,” kata Bill Ford, pengerusi eksekutif Ford.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here