GWM Tank 300 sudah boleh ditempah, harga anggaran RM250k

197

GWM Tank 300, SUV off-road yang pihak Motoqar sempat pandu uji di Beijing baru-baru ini, telah pun dibuka untuk tempahan di Malaysia dengan harga anggaran RM250,000.

Tarikh sebenar pelancaran tidak dinyatakan namun menurut Great Wall Motor, penyerahan dijangka berlaku pada Julai tahun ini.



Untuk pasaran Malaysia, Tank 300 didatangkan dalam versi CBU dengan enjin turbo petrol 2.0 liter empat silinder dengan kuasa berjumlah 220 PS dan 380 Nm.

Enjin berkenaan digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan berjenama ZF, bersama dengan sistem pacuan empat roda dua-kelajuan part-time yang dikawal secara elektronik.

Menurut Great Wall Motor, sistem tersebut membolehkan pertukaran antara mod pacuan dua roda (2WD) dan empat roda (4WD).

Untuk pemanduan off-road, ia dikatakan mampu menaiki cerun dengan sudut sehingga 23.1°, mendaki sebanyak 70 peratus, serta meredah air dengan kedalaman maksimum 700 mm.

SUV ini juga dilengkapi dengan beberapa ciri off-road yang lain seperti sistem kawalan All-Terrain dengan sembilan mod pemanduan, mod Crawl Control dan Tank Turn.

Di dalam, Tank 300 menampilkan sentuhan mewah seperti upholsteri fabrik kulit Nappa, paparan berukuran 12.3 inci dengan sokongan Andorid Auto dan Apple CarPlay, serta sistem audio Infinity dengan sembilan pembesar suara.

Tidak cukup dengan itu, Great Wall Motor turut menyertakan sistem ADAS tahap 2 yang merangkumi Lane Departure Warning (LDW), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Highway Assist (HWA).

Ciri-ciri keselamatan lain seperti Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Around View Monitor, Transparent Chassis Function, Automatic Collision Unlocking dan Automatic Collision Fuel Cutoff turut disertakan, membolehkan Tank 300 mendapat pengiktirafan lima bintang dari ANCAP.

300 pelanggan pertama Tank 300 akan menerima pakej servis percuma selama lima tahun/100,000 km yang merangkumi caj alat ganti dan buruh.

Lebih menarik lagi, pemilik pertama model ini juga akan mendapat jaminan trenkuasa seumur hidup tanpa had perbatuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here