Perbezaan dan persamaan antara cover set HLY dan cover set HLD

83850

Ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan antara cover set HLY dengan cover set HLD. Disini kami akan cuba menerangkan secara teliti tentang perkara ini.

Coverset HLY Coverset HLD

HLY adalah singkatan bagi “Hong Leong Yamaha” manakala HLD pula adalah singkatan dari “HonLiD“. Terdapat juga beberapa jenama lain yang membuat coverset seperti M-Seki, Nakasone, dan Imasen.



Persamaan

Apa yang membuatkan semua cover set tu sama adalah pada kotak yang tertulis “MADE IN MALAYSIA”. Persamaan lain yang mungkin tidak diketahui penggunaan bahan untuk membuat cover set iaitu ABS.

Coverset HLY Coverset HLD

ABS ialah Acrylonitrile-Butadiene-Styrene, dimana ia adalah sejenis polimer bersifat termoplastik. Antara barang lain yang dibuat menggunakan ABS ialah cover side mirror kereta.

Perbezaan

Apa yang cuba kami tekankan di sini ialah ramai dikalangan para pengguna yang membezakan cover set melalui warna bahagian dalam cover set. 

Ini kerana kebanyakan cover set HLY sebelah dalam bewarna putih, manakala cover set HLD dan jenama lain berwarna hitam.

Untuk pengetahuan, jika cermin sisi kereta Volkswagen Polo, Golf, Jetta, mahupun Passat dibuka, anda akan dapati warna bahagian sebelah dalam adalah bewarna hitam.

Coverset RXZ orimotor

Jadi tidak mungkin kereta keluaran jenama yang terkenal di seluruh dunia itu menggunakan bahan yang tidak original. Oleh itu, material ABS ini terdapat dalam pelbagai warna dan boleh di sembur dengan cat sebagai finishing produk tersebut.

Selain itu perbezaan lain yang boleh dilihat ialah pada coverset HLY, terdapat span di bahagian dalam cover set manakala cover set HLD pula tiada span.

Coverset HLY Coverset HLD
Coverset 125ZR HLY

HLY merupakan pengedar utama untuk alat ganti Yamaha di Malaysia, tapi mungkin ramai dalam kalangan anda tidak tahu bahawa sebahagian alat ganti Yamaha dibuat oleh Hicom-Yamaha yang membuat alat ganti tulen “Original Equipment Manufacturer (OEM)” ataupun lebih biasa dipanggil dengan nama ori kilang.

Cover set 125zr OEM

HLD pula merupakan jenama aftermarket yang membuat, menjual, mengedar alat ganti dan ubahsuai motorsikal. Apakah itu aftermarket ataupun ori kedai yang selalu anda sebut-sebutkan?

Aftermarket

Aftermarket adalah pembuat alat ganti atau ubah suai untuk sesuatu barang. Dalam dunia kereta, antara jenama atau syarikat aftermarket yang terkenal adalah HKS, Apexi, Greedy, Momo, Recaro, Sparco, dan sebagainya untuk pelbagai model kereta.

Jadi sama seperti motorsikal terdapat pelbagai jenama seperti Hi-Speed, Shark, Yoshimura, RK-M, SSS, Faito dan sebagainya. Tetapi terdapat juga barang jenama-jenama ini digunakan terus di motosikal yang baru.

RXZ windshield cowling orimotor dapat dilentur manakala bahagian HLY, HLD dan OEM tidak dapat dilentur

Ori motor pula merupakan barang asal yang terdapat pada motosikal semasa di hasilkan di kilang.

Kredit : Helmet Shoei & Arai Copy Ori

6 KOMEN

  1. Alang2 da terbaca nie…boleh x bgtau kt mana sy boleh dapatkan coverset secara borong dan accessories moto secara borong…nk buat bisnes kecil kecilan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here