Dapatkan pelbagai manfaat insurans kereta dengan AIA Family Drive

1705

AIA General Berhad melancarkan produk flagship pertamanya – Family Drive, sebuah pelan insurans kereta pertama di negara ini yang menawarkan diskaun keluarga jika lebih daripada sebuah kereta diinsuranskan di bawah isi rumah yang sama.

Family Drive adalah insurans kereta komprehensif yang memberikan perlindungan asas terhadap kerugian dan kerosakan sendiri dan pihak ketiga.



Namun tidak seperti pelan lain di pasaran, ia juga didatangkan dengan pelbagai ciri unik yang direka khas untuk kepentingan pelanggan:

  1. Perlindungan – Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM250,000, dan perlindungan terhadap liabiliti undang-undang.
  2. Kemudahan – Elaun kesulitan RM600 sehari jika ditimpa kemalangan dan kereta dihantar ke bengkel, perkhidmatan tambah nilai dari AIA Roadside Assist, dan baucar e-hailing untuk pelanggan pulang ke rumah.
  3. Simpanan – Diskaun 5% jika pelanggan menginsuranskan dua atau lebih kereta, pengecualian lebihan jika pelanggan membaiki kereta di bengkel panel AIA.

Keselamatan jalan raya terus menjadi kebimbangan di Malaysia, dengan statistik terbaru menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya merupakan punca kematian keempat tertinggi di Malaysia.

Malah pada tahun 2018, kemalangan jalan raya adalah punca kematian utama di kalangan rakyat Malaysia yang berusia dari 15 hingga 40 tahun.

Statistik-statistik ini menunjukan keperluan untuk mengukuhkan pelan yang melangkaui pelan insurans kereta tradisional yang dapat menangani kebimbangan rakyat Malaysia menerusi tawaran ciri-ciri perlindungan yang dipertingkatkan dan perkhidmatan-perkhidmatan tambah nilai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Family Drive, produk-produk serta perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA General Berhad, layari www.aia.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here