Ferrari 330 V12 Colombo milik Enzo Ferrari dijual, harga lebih RM2 juta

1717

Ferrari 330 V12 Colombo yang pernah digunakan Enzo Ferrari mendapat sentuhan terakhir pada 1960-an. Model ini juga mempunyai versi lain yang tidak banyak diserlahkan, iaitu Grand Tourer 2+2.

Ferrari 330 V12 Colombo

Kereta yang digelar sebagai 330 GT 2+2 ini memang sangat unik. Ini kerana, kereta dengan casis bernombor 4085 ini merupakan prototaip pertama 330 GT 2+2. Di samping itu, kereta ini juga pernah digunakan oleh pengasas syarikat Ferrari Scuderia, Enzo Ferrari.



Kereta ini juga dikenali dengan nama Chinese Eyes, kerana reka bentuk lampunya yang sepet. Ferrari ini dikeluarkan selama 2 tahun, dari Ogos 1962 hingga 1964.

Ferrari 330 V12 Colombo

Akhirnya Ferrari 330 V12 Colombo ini diimport ke Amerika oleh Luigi Chinetti Motors pada bulan Jun 1964 dan sering bertukar pemilik. Pada tahun 2018, kereta ini dibeli oleh Daniel Schmitt untuk harga USD22,000 (RM91,102).

Pemilik sebelumnya memberikan gambar-gambar lama dan gambar pendaftaran kereta lama dari Itali itu. Terdapat juga satu salinan surat pada tahun 1977 di mana sesebuah kilang mengesahkan bahawa nombor siri 4085 pada jentera ini memang prototaip dari kilang. Kereta ini juga kini dijadikan pameran dan koleksi para peminat barangan klasik.

Kini kereta Enzo ini akan dijual lagi. Dengan keadaan yang masih kemas dan bacaan 108,968 kilometer pada odometer, ia akan dijual dengan harga USD495,900 (RM2.050 juta). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here