Volkswagen Golf GTI Mk8 akan diperkenalkan di Geneva Motor Show

3541

Volkswagen Golf GTI Mk8 baharu dilaporkan akan diperkenalkan di Geneva Motor Show pada bulan Mac. Juga dilaporkan, varian GTD juga akan dipamerkan di sana, dan Golf R terbaru akan diperkenalkan di Goodwood Festival of Speed ​​pada bulan Julai.

Volkswagen Golf GTI

Volkswagen Golf GTI baru akan menggunakan enjin versi terkini yaitu enjin empat silinder 2.0-liter turbo yang mampu menghasilkan 242hp dalam trim standard dan 287hp pada trim yang lebih berkuasa.



Pilihan manual 6-kelajuan (syukur!) dan dwi-klac 7-kelajuan akan diberi. Jentera ini berkemungkinan tidak akan disertakan dengan sistem mild hybrid.

Pengguna yang lebih meminati enjin diesel boleh memilih varian GTD. Varian ini berupaya menghasilkan 197hp daripada enjin 2.0 liter turbo yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan. Seperti varian GTI, pelanggan akan diberi pilihan kotak gear manual dan dwi-klac.

Volkswagen Golf GTI

Varian tertinggi Golf R akan menghasilkan sekurang-kurangnya 300hp, dan tahap trim yang lebih berkuasa mampu menghasilkan sekitar 395hp. Seperti model terdahulu, ia akan disertakan dengan sistem pacuan semua-roda 4MOTION.

GTE hibrid plug-in akan menawarkan prestasi elektrik dalam barisan jentera Golf dan juga akan diperkenalkan pada tahun 2020. Model ini diberi pilihan dengan kemampuan 201hp dan 241hp. Kedua-duanya akan menggunakan bateri 13-kilowatt-jam.

Maklumat semasa menyatakan bahawa VW hanya akan menawarkan GTI dan Golf R di Amerika Syarikat. Kemunculan pertama jentera ini di Geneva akan memberikan banyak masa untuk para pengedar kereta membawa masuk jentera ini di Amerika sebelum penghujung tahun ini. Masa untuk pasaran varian R di Amerika Syarikat masih belum diumumkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here