Holeshot, senjata baru Yamaha musim MotoGP 2020

2125

Pasukan Yamaha akan mencuba peranti terbarui untuk menghadapi musim MotoGP 2020. Peranti yang dipanggil Holeshot dipercayai akan menjadikan Yamaha YZR-M1 lebih lancar apabila perlumbaan dimulakan. 

MotoGP 2020

“Kami terus bekerja keras di pasukan untuk membuat peranti baru supaya pecutan pada permulaan perlumbaan lebih baik,” kata Maverick Vinales, pelumba Monster Energy Yamaha.



Vinales akan menguji komponen baru itu pada ujian rasmi MotoGP 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, pada, 7-9 Februari.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh juruteknik Yamaha untuk meningkatkan prestasi YZR-M1.

MotoGP 2020
Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales

Satu masalah yang sering dihadapi oleh mereka adalah tayar belakang yang mudah tergelincir sehingga mengakibatkan pecutan pada permulaan perlumbaan yang buruk.

Holeshot sebenarnya telah digunakan oleh juruteknik Ducati untuk jentera Desmosedici GP19 pada musim 2019 yang lalu.

“Jentera kami sebenarnya menghasilkan prestasi yang sangat baik apabila dalam sesi kelayakan. Kami sentiasa berada di barisan hadapan kelompok pelumba atau mendapatkan kedudukan pole. Tetapi semasa perlumbaan sebenar, kami mengalami kesulitan pada awal perlumbaan. Jadi, kami perlu meningkatkan prestasi pada permulaan perlumbaan, “kata Vinales.

MotoGP 2020

Dengan adanya holeshot, ia akan menjadikan jentera lebih rendah dan lebih dekat dengan permukaan litar.

Ini berlaku kerana sistem penggantungan menurunkan tekanan udara untuk menjadikan jentera lebih dekat dengan permukaan litar.

Hal ini boleh menurunkan pusat graviti, tetapi ia juga bergantung kepada keadaan sesuatu litar.

Dalam siri di Qatar musim lalu, Ducati mencuba peranti itu dengan membuat sistem penggantungan belakang mereka lebih rendah.

Ini kerana keadaan litar itu basah dan memerlukan daya cengkaman yang lebih besar pada tayar belakang.

Jika keadaan litar kering, maka sistem penggantungan di hadapan akan lebih rendah untuk mengurangkan kesan wheelie.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here