Maverick Vinales muncul juara MotoGP Malaysia 2019

1805

Pelumba Yamaha, Maverick Vinales muncul juara MotoGP Malaysia 2019 selepas mengharungi saingan yang sengit dengan pelumba Honda, Marc Marquez di Litar Sepang pada Ahad (3/11).

Vinales muncul pedahulu perlumbaan dengan catatan masa 40 minit dan 14,632 saat. Kedudukan kedua dihuni oleh Marc Marquez dan podium terakhir milik Andrea Dovizioso.



Perlumbaan MotoGP Malaysia telah menjadi sengit sejak pusingan pertama. Pelumba Pramac Ducati, Jack Miller, yang memulakan perlumbaan dari kedudukan keempat tanpa diduga boleh berada di kedudukan hadapan.

Walau bagaimanapun, kedudukan itu tidak lama diduduki oleh Miller kerana Vinales dapat mengatasi pelumba dari Australia itu untuk memimpin perlumbaan.

Marc Marquez hanya menduduki tempat kedua dalam MotoGP Malaysia 2019.

Berada di barisan hadapan menjadikan Vinales bebas untuk merakam masa terpantas. Pelumba dari Sepanyol berupaya mencipta jarak dengan Miller, Marquez, Andrea Dovizioso dan Valentino Rossi.

Malah, pelumba berusia 24 tahun itu telah berjaya melebarkan jarak lebih dari satu saat daripada Marquez yang akhirnya menamatkan saingan ditempat kedua walaupun telah memulakan perlumbaan dari kedudukan ke-11. Situasi itu membuatkan Vinales merasa tidak terganggu hingga akhirnya Maverick Vinales muncul juara MotoGP Malaysia 2019.

Sebaliknya persaingan untuk podium akhir semakin sengit antara Dovizioso dan Rossi. Pelumba dari Itali itu telah mengatasi Dovizioso tetapi pelumba Ducati itu dapat mengubah kedudukan Rossi, lapan lap sebelum perlumbaan berakhir.

Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo, yang memulakan perlumbaan dari tempat pertama, mengharungi perlumbaan yang mengecewakan. Pelumba dari Perancis itu hanya berupaya menamatkan perlumbaan ditempat ketujuh dalam MotoGP Malaysia.

Keputusan MotoGP Malaysia 2019, Ahad (3/11)

1. Maverick Vinales  :40 minit 14,632 saat
2. Marc Marquez      :+3,059 saat
3. Andrea Dovizioso :+5,611 saat
4. Valentino Rossi    :+5,965 saat
5. Alex Rins             :+6,350 saat
6. Franco Morbidelli  :+9,993 saat
7. Fabio Quartararo  :+12,864 saat
8. Jack Miller           :+17,252 saat
9. Danilo Petrucci     :+19,773 saat

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here