Covid-19: Dorna Sports belum cadang tunda MotoGP Malaysia

1261

Status perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijadual berlangsung November depan, masih belum diputuskan.

MotoGP Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali, berkata ia susulan perkembangan pandemik Covid-19 di seluruh dunia yang semakin membimbangkan sehingga menyukarkan Dorna Sports, selaku promoter MotoGP Dunia, dalam membuat pindaan jadual perlumbaan yang terjejas.



“Berdasarkan perbincangan saya bersama Carmelo Ezpeleta (CEO Dorna Sports) dua hari lalu, setakat ini tiada perancangan untuk menunda MotoGP Malaysia tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa,” katanya.

Razlan berkata, hasil perbincangan bersama Dorna Sports, mereka menjangkakan untuk menyambung semula saingan musim 2020 seawal Ogos depan sekiranya penularan Covid-19 berjaya ditangani.

Menurut beliau, Dorna Sports tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan format ‘dua perlumbaan hujung minggu’ dengan bertujuan mengurangkan tempoh masa bagi melengkapkan keseluruhan perlumbaan musim ini sekiranya ia disambung pada Ogos.

Tiga perlumbaan pertama MotoGP musim 2020 iaitu GP Qatar, GP Sepanyol dan GP Perancis terpaksa ditangguhkan susulan penularan Covid-19.

Dalam pada itu, Razlan mengakui penambahan kes jangkitan Covid-19 di peringkat global serta penangguhan beberapa siri perlumbaan pada awal musim menjejaskan penjualan tiket MotoGP Malaysia yang sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan saban tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here