Bekas Ketua Eksekutif Formula 1, Bernie Ecclestone dapat anak baru pada usia 89 tahun

1857

Bekas Ketua Eksekutif Formula 1, Bernie Ecclestone bakal menjadi bapa buat kali keempat pada usia 89 tahun bersama isterinya, Fabiana Flosi.

Bernie Ecclestone
Bernie Ecclestone bersama isteri, Fabiana Flosi.

Ecclestone bakal memasuki umur 90 tahun pada Oktober dilaporkan akan menghadiahkan adik baharu buat tiga anak perempuannya.



Anak sulungnya bersama isteri pertama, Ivy Bamford iaitu Deborah kini berusia 65 tahun. Dua lagi anaknya bersama isteri kedua, Slavica Radic adalah Tamara dan Petra. 

“Ya, dia akan dilahirkan pada musim panas ini. Harapnya dia akan belajar cara bermain ‘backgammon’,” kata Ecclestone.

Ecclestone dan Fabiana berkahwin pada 2012 namun bakal ibu itu mengharapkan anaknya tidak mengikut jejak langkah bapanya.

“Seperti harapan ibu bapa lain, bayi itu dilahirkan dalam keadaan sihat. Harap dia tidak berminat dengan perkara seperti Formula 1,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here