Covid-19: Persatuan teksi turut terjejas, mohon bantuan sepanjang tempoh PKP

2084

Gabungan Persatuan dan Syarikat Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) mengemukakan beberapa cadangan bagi memberi bantuan dari segi kewangan kepada syarikat pengendali dan pemandu teksi dalam tempoh PKP.

persatuan teksi mohon bantuan

Cadangan itu dibuat berikutan syarikat pengendali dan pemandu teksi menghadapi penurunan pendapatan kira-kira 90 peratus pada Mac selepas pelaksanaan PKP.



Untuk syarikat pengendali teksi, gabungan persatuan itu mahu kerajaan mempertimbang cadangan iaitu:

  • Kadar cukai sifar atau minimum ke atas syarikat teksi untuk baki tahun ini 
  • Menimbang subsidi tambahan berjumlah RM600 dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pekerja syarikat yang bukan pemandu.

Menurut GPST dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya mencadangkan kerajaan melihat masalah syarikat teksi secara holistik kerana sesetengah daripadanya mungkin berada di bawah kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan tidak layak untuk sebarang bantuan berkaitan PKS.

Pada masa sama, bagi pemandu teksi pula, GPST mencadangkan beberapa cadangan membabitkan:

  • Tidak mengenakan sewa teksi dalam tempoh tertentu atau
  • Penangguhan bayaran sewa atau
  • Diskaun ke atas sewa teksi.

Katanya, oleh itu, setiap pemandu teksi diminta untuk bertemu dan berbincang dengan wakil syarikat teksi masing-masing untuk menentukan pilihan mana yang terbuka kepada mereka.

“Seboleh-bolehnya, ahli kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong kehidupan pemandu teksi, selain kami juga bergantung kepada sokongan infrastruktur pengangkutan awam negara,” katanya.

Justeru, GPST berkata, bagi membantu mengurangkan implikasi kewangan ke atas pemandu dan syarikat teksi, persatuan berkenaan mengemukakan tiga cadangan untuk diperhalusi.

GPST turut menyeru syarikat pengendali teksi bukan ahlinya untuk turut sama mengambil langkah terbaik untuk menjaga kebajikan pemandu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here