PKP: Polis dibenar guna budi bicara had perjalanan dalam lingkungan 10km

1608

Kebenaran menggunakan kuasa budi bicara diberi kepada pihak polis terhadap larangan yang menghadkan perjalanan dalam radius 10km ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 2.

budi bicara polis

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui had jarak pergerakan seperti diwartakan pihak Peguam Negara itu tidak boleh terlalu khusus, sebaliknya perlu merangkumi kepentingan semua individu.



Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan memberi kebenaran kepada polis untuk menggunakan budi bicara terhadap masyarakat, bersandarkan beberapa kepentingan tertentu.

“Contohnya, jika hendak membeli produk makanan tetapi ia tiada dalam lingkungan 10km, polis boleh menggunakan budi bicara untuk mereka keluar dari jarak dihadkan itu.

“Namun, ia mesti pada jarak yang terhampir, contohnya 11km. Kita masih tidak membenarkan pergerakan antara negeri, namun ia tertakluk kepada pengecualian tertentu seperti negeri bersempadanan.

“Gemas dan Segamat contohnya, kalau seseorang memerlukan makanan serta keperluan asas tetapi perlu bergerak merentasi negeri seperti ini, maka kita benarkan menerusi kuasa budi bicara.

“Begitu juga kepada mereka yang berhasrat ke hospital bagi mendapatkan rawatan tetapi ia berada dalam lingkungan melebihi 10km, kini boleh berbuat demikian.

“Kesihatan adalah perkara utama, justeru kita benarkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here