Penghantar makanan sanggup peluk makanan supaya tidak terkena lori penyembur nyah kuman

3250

Satu video penghantar makanan yang lindungi pesanan dari pelanggan dari terkena semburan daripada lori penyembur nyah kuman telah menjadi tular di media sosial.

Penghantar makanan tersebut telah bertindak menutup makanan itu dengan memeluknya agar makanan itu tidak tercemar dan basah.



Menurut portal Tribunnews, pesanan yang didakapnya itu merupakan 2 kotak pizza yang dipesan oleh pelanggan. Dia berbuat sedemikian agar pesanan tersebut tidak basah sebelum sampai kepada pelanggannya.

Video tersebut menjadi tular selepas dikongsi oleh sebuah akaun Instagram bernama @ussfeed pada Khamis (2 April 2020).

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua penghantar makanan yang tidak mendapat keistimewaan seperti kita semua untuk kekal berada di rumah hari ini, Respect!” tulis akaun tersebut.

Video yang diambil di Indonesia itu boleh memberi pengajaran kepada kita supaya menghargai penghantar-penghantar makanan kita yang bertungkus lumus demi memastikan bahawa masyarakat kita tidak kelaparan susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan kita semua daripada rumah untuk membendung penularan wabak Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here