Pegawai polis sebat 6 remaja lelaki akan terima tindakan sewajarnya

4897

Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pegawainya yang dilihat secara agresif menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu kejadian di Kunak, baru-baru ini.

polis menyebat remaja
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata jika dilihat dari sudut penguatkuasaan, tindakan pegawai itu memang tidak wajar, namun dari segi moral, itu adalah umpama seorang yang lebih tua memberi pengajaran kepada orang muda yang ingkar arahan.

“Sebelum kejadian itu pegawai berkenaan sudah menegur kumpulan remaja itu sebanyak dua kali tetapi mereka tetap tidak bersurai malah mentertawakan teguran berkenaan sambil menghisap rokok.



Kejadian itu berlaku di Kampung Pangi Tengah, Kunak ketika pasukan polis sedang membantu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung sebelum terserempak dengan kumpulan remaja yang sedang berkumpul,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai mengagihkan bantuan berkenaan, pihak polis terserempak lagi dengan kumpulan remaja berkenaan yang masih tidak mendengar teguran, menyebabkan pegawai berkenaan bertindak menyebat semua remaja berkenaan.

Zaini berkata demikian ketika mengulas sebuah klip video yang tular memaparkan seorang pegawai polis bertindak menyebat enam remaja menggunakan ranting kayu kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah masing-masing.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi di media sosial terutama golongan netizen yang memuji langkah pihak berkuasa yang tegas dalam melaksanakan tugas memastikan rakyat mematuhi PKP.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna alam maya yang mempersoalkan tindakan memukul itu kerana dikatakan boleh mendatangkan kecederaan kepada remaja terbabit.

Mengulas lanjut, Zaini berkata tindakan di peringkat jabatan akan diambil ke atas pegawai berkenaan, manakala kumpulan remaja itu sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak ditangkap sebaliknya polis hanya memberi pengajaran moral kepada mereka.

1 KOMEN

  1. Bertindaklah ikut SOP. Sekiranya tindakan luar SOP dibiasakan, pelbagai insiden luar dugaan akan menyusul hingga situasu luar kawalan mungkin berlaku, sama ada polis serang civilian atau sebaliknya berlaku. Maklumlah, manusia ada emosi. Bdk2 ni mungkin terima sebatan polis sbb mereka berasa bersalah tetapi ibu bapa tak boleh teeima kerana merasakan air muka mereka tercabar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here