Suzuki Katana baru diperkenalkan dalam dua pilihan warna di Indonesia

2416

Seperti yang kita semua tahu, pandemik Covid-19 menyebabkan beberapa pembatalan pameran automotif termasuk motor show di Tokyo dan Osaka. 

suzuki Katana
Suzuki Katana Matte Black

Walaupun begitu, baru-baru ini, Suzuki di Indonesia memperkenalkan dua versi baru dari Suzuki katana melalui cara dalam talian (online).

Model terbaru ini diperkenalkan dalam dua pilihan warna iaitu Matte Black dan Candy Red. Warna Candy Red adalah versi yang lebih menarik dengan bahagian badan dan rim yang sama warna iaitu kemerahan, serta fork hadapan dan hendal yang bewarna keemasan.



Model Matte Black juga tidak kurang menarik dengan seluruh bahagian motosikal terdiri dari warna hitam kecuali bahagian fork, hendal dan rim yang bewarna keemasan.

suzuki Katana
Suzuki Katana Candy Red

Kedua versi ini kelihatan menarik dan boleh menjadi model Suzuki yang akan datang. Setakat ini, tidak banyak respon yang diberikan terhadap model ini kerana belum ada pengesahan rasmi dari Suzuki bahawa warna dari model ini akan dihasilkan.

Suzuki Katana merupakan model ikonik dari Suzuki yang dikuasakan oleh enjin 4-silindier 999cc, dimana ia mampu menghasilkan sehingga 147hp pada 10,000rpm dan 105Nm tork pada 9,500rpm.

Enjin yang digunakan merupakan enjin yang sama terdapat pada Suzuki GSX-S1000F. Belum dipastikan samada terdapat sebarang perubahan pada ciri mekanik varian terbaru ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here