Covid-19: Bernie Ecclestone sarankan saingan Formula 1 2020 dibatalkan

1011

Bekas Ketua Eksekutif Formula 1, Bernie Ecclestone memberi saranan tentang saingan Formula 1 musim ini sepatutnya dibatalkan kerana jumlah perlumbaan yang tidak mencukupi susulan pandemik Covid-19.

Lapan perlumbaan awal bagi musim 2020 sudah dibatalkan atau ditangguhkan, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai 14 lagi perlumbaan ketika pandemik berkenaan masih merebak di seluruh dunia.



Paling minimum lapan perlumbaan diperlukan untuk seseorang mengesahkan kejuaraan musim ini, namun Bernie Ecclestone menegaskan ia mungkin tidak akan berlaku.

“Kita sepatutnya menghentikan saingan musim ini dan mulakan dengan aksi baru tahun depan kerana saya tidak nampak kita akan mendapat jumlah perlumbaan yang tepat.

“Kita memang meletakkan harapan kepada lapan perlumbaan dan saya tidak nampak mereka akan berjaya melakukannya. Ini adalah situasi yang sukar,” katanya.

Bernie Ecclestone
Bekas Ketua Eksekutif Formula 1, Bernie Ecclestone

Lewis Hamilton meletakkan sasaran untuk menyamai rekod Michael Schumacher yang meraih tujuh gelaran dunia.

Namun, jika jumlah saingan musim ini dikurangkan ia mampu menghalang cita-cita pelumba kelahiran Britain itu.

Ecclestone bagaimanapun, berkata, dia tidak merasakan ia bakal menjejaskan impian Hamilton.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here