Ditembak mati sebab ingkar perintah berkurung

1733

Akibat melanggar perintah kerajaan, seorang lelaki di Nigeria ditembak mati kerana dipercayai ingkar untuk berada di dalam rumah.

Kejadian itu berlaku pada Khamis lalu selepas ditembak anggota tentera di Warri, Delta, negeri selatan negara berkenaan berdasarkan laporan Japan Times.

“Kejadian itu menyebabkan golongan muda mengadakan bantahan dengan melakukan pembakaran di jalan raya namun polis dapat kawal keadaan,” kata jurucakap polis Onome Onowakpoyeya.



Nigeria kini melaksanakan pelbagai langkah untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di negara itu.

Ia termasuk menguatkuasakan undang-undang sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) di beberapa bandar utamanya.

Dalam kenyataan pada Khamis, Ahli Parlimen yang mewakili kawasan berkenaan mengutuk tindakan berkenaan dan mahu pelaku dikenakan tindakan.

“Sesiapa yang diarahkan untuk menjaga keamanan negara perlu memahami tanggungjawab terutamanya apabila membabitkan nyawa manusia,” kata Senator Ovie Omo-Agege.

“Pembunuhan di Warri, satu daripada banyak kes. Pada pendapat saya isu ini tidak sepatutnya berlaku sehingga menyebabkan pembunuhan yang tidak adil,” katanya.

Beliau mendakwa pihak berkuasa tentera sudah menahan anggotanya yang dilaporkan menembak mati lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

Setakat ini, Nigeria sudah mencatat 210 kes Covid-19 dengan empat kematian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here