Red Bull Racing sambung kontrak Max Verstappen hingga 2023

1843

Pasukan Formula 1, Red Bull Racing akhirnya memperbaharui kontrak Max Verstappen. Pelumba dari Belgium itu akan terus bersama pasukan perlumbaan berenjin Honda itu hingga akhir tahun 2023.

Dikhabarkan gaji yang ditawarkan kepada Verstappen adalah lumayan. Ini kerana, mereka memahami potensi yang dimiliki pelumba itu dan juga berhasrat untuk mengelakkan Verstappen menyetujui tawaran yang dikemukakan oleh Mercedes.



Dalam kandungan perjanjian kontrak baru, Verstappen dikhabarkan akan mendapat gaji US$ 16 juta setahun atau bersamaan dengan RM64.9j. Untuk rekod, tidak ada pelumba Red Bull yang telah mencapai 100 mata selain Verstappen sepanjang musim perlumbaan. Verstappen juga telah memenangi lapan perlumbaan untuk Red Bull sejak tahun 2016.

Red Bull Racing

Tahun itu merupakan permulaan bagi kerjasama diantara Red Bull Racing dengan Verstappen. Dia mula memasuki Formula 1 pada usia 17 tahun dan menjadikannya pelumba Formula 1 yang termuda. 

Sekarang, jika dia mahu menjadi pelumba muda yang merangkul gelaran juara dunia Formula 1, perlumbaan pada musim 2020 akan menjadi peluang terakhir Verstappen untuk memecahkan rekod itu.

Ini kerana rekod pelumba termuda yang merangkul gelaran juara dunia masih diduduki oleh Sebastian Vettel. Pelumba yang kini mengembangkan kerjayanya di Ferrari itu pernah memenangi gelaran juara dunia Formula 1 pada usia 23 tahun dan 134 hari.

Red Bull Racing

Sekiranya Max Verstappen berjaya memecahkan rekod itu, peluang untuk menjulang nama pasukan Red Bull Racing akan lebih lama lagi.

“Ini adalah berita yang hebat dari pasukan untuk memanjangkan perjanjian kami dengan Max sehingga 2023. Max telah membuktikan bahawa dia adalah aset penting untuk pasukannya, dan dia benar-benar percaya pada perkongsian yang kami bina. Bersama pembekal enjin kami yaitu Honda, kami gembira dapat bekerjasama dengan lebih lama lagi, “kata ketua Pasukan Red Bull Racing, Christian Horner.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here