#VIDEO: Lexus lancar MPV generasi baharu: LM350h dan LM500h, bermula RM1.28 juta

221

Selepas lima tahun Lexus LM diperkenalkan, kini sudah tiba masanya iaitu generasi kedua diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.

Ini berikutan Lexus Malaysia memperkenalkan generasi kedua MPV mewah itu untuk pasaran tempatan dengan dua varian membabitkan:

  • Lexus LM350h – RM1,228,000
  • Lexus LM500h – RM1,468,000

Kedua-dua varian itu memberi pilihan kepada pelanggannya sama ada untuk memilih Lexus LM500 dengan 2-2 tempat duduk atau LM350h menawarkan konfigurasi 2-2-3. 



Kedua-dua varian mempunyai rangkaian kuasa kenderaan elektrik hibrid (HEV) pengecasan sendiri. LM500h dilengkapi dengan enjin petrol Turbo Hibrid 2.4L, 4-silinder sebaris dengan Pacuan Semua Roda. Ia menawarkan 371hp dan 460Nm tork.

Sebaliknya, LM350h didatangkan dengan enjin 2.5L aspirasi semula hibrid, 4 silinder. Kuasa yang dihantar ke roda hadapan dengan 250hp serta tork setinggi 270Nm.

Dari segi dimensinya pula, generasi baharu ini lebih panjang 80 mm (5,125mm), lebar penambahan 40 mm (1,890mm) dan ketinggian ditambah 10mm (1,955mm).

Ia tampil reka bentuk baharu selepas penampilan hadapan diserlahkan jeriji disatukan dengan bahagian badan dengan kemasan satin menjadikan model pertama buatLexus. 

Lampu hadapan yang lebih ramping dan licin dengan menggunakan Lampu Depan 3 Projektor LED. Selain itu, memiliki dua lampu siang DRL untuk mengapit lampu utama berkenaan.

Model baharu itu juga mendapat pencahayaan Omotenashi, yang mengaktifkan lampu apabila pintu dibuka. 

Bahagian dalaman baharu Lexus LM baharu menetap ciri mewah yang tiada tandingan. Terutama tempat duduk belakang, ia memiliki skrin Paparan Ultrawide 48 inci baharu yang dipasang dalam LM500. Ia boleh memaparkan skrin berasingan untuk setiap penumpang, selain menyalurkan bunyi yang terbaik menerusi 23 pembesar suara Mark Levinson.

Selain itu, kerusi untuk LM500 menawarkan ciri mewah dan keselesaan yang optimum dengan balutan kulit Aniline. 

Untuk makluman, sejak kemunculannya, MPV mewah itu sudah dijual 16,114 unit terjual di seluruh dunia setakat ini. Bagi rantau ini, rekod jualannya mencatatkan 2,788 unit dan Malaysia dengan jumlah 32 unit terjual setakat ini.

Galeri Gambar

TONTON VIDEO DI BAWAH

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here