Utama Berita Automotif JPJ Taiping sita 15 motor, dua kereta warga asing

JPJ Taiping sita 15 motor, dua kereta warga asing

106

Tindakan warga asing yang berani menunggang motosikal tanpa dokumen sah mengundang padah apabila sebanyak 15 buah motosikal dan dua buah kereta disita dalam Ops Pewa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Taiping, pada Isnin. 

Operasi sekitar Bagan Serai itu mendapati warga asing berkenaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan pelbagai kesalahan teknikal dan lain-lain kesalahan lalulintas.

Menurut kenyataan, kenderaan berkenaan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke depoh sita JPJ Cawangan Taiping untuk tindakan selanjutnya.

“JPJ Perak akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negeri bagi memastikan undang-undang dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.
 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan trafik diseru agar menyalurkannya secara rasmi kepada emel aduantrafik@jpj.gov.my atau menerusi platform aplikasi e-aduan@JPJ dengan menyertakan butiran lengkap pengadu serta aduan,” jelasnya. 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here