
Gracshaw memperkenalkan koleksi helmet edisi terhad Gracshaw x Mobile Suit Gundam yang menampilkan tiga rekaan ikonik daripada siri animasi asal 1979.
Sebanyak 3,000 unit bernombor ditawarkan pada harga RM498 setiap satu.
Tiga model yang dilancarkan ialah :
- RX-78-2 Gundam – 1,500 unit. Warna putih identiti Earth Federation Forces
- MS-06S Char’s Zaku II – 1,000 unit. Warna merah jambu dan marun milik Char Aznable
- MS-06F Zaku II – 500 unit. Warna hijau jentera Principality of Zeon
Koleksi ini dibangunkan berasaskan helmet muka-terbuka dwi-visor Glaive.

Setiap unit menampilkan perincian warna, tanda dan elemen mekanikal diilhamkan daripada Mobile Suit berkenaan.
Berbeza Glaive biasa, edisi Gundam ini hadir dengan Gundam-exclusive rear ducktail sebagai ciri standard.
Ducktail direka bersepadu dengan cengkerang bagi menghasilkan siluet lebih panjang, tajam dan aerodinamik.

“Penggunaan ducktail standard membolehkan cengkerang dan ducktail berfungsi sebagai satu bentuk berterusan,” kata Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan Gracshaw, Chiong Sai Weng.
Untuk model Char’s Zaku II, Gracshaw mengambil rujukan warna daripada figura Bandai. Justeru ia mengekalkan kombinasi merah jambu dan marun, bukan merah terang semata-mata.
Setiap helmet menerima pensijilan SIRIM dan ditawarkan dalam saiz S hingga 2XL.
Pakej koleksi merangkumi :
- kad edisi terhad bernombor
- beg habuk
- kad jenama
- pelekat
- manual pengguna dalam pembungkusan khas mengikut edisi

Platform Glaive dipilih kerana bentuk cangkerang bersih yang membolehkan rekaan setiap Mobile Suit ditampilkan jelas.
Format muka-terbuka turut sesuai untuk kegunaan penunggang motosikal bandar.
Jualan bermula 7 September 2026 dan hanya boleh didapati di 11 pengedar sah Gracshaw termasuk Roda Kota, Bikerz Garaj, Serdang Motorcycle, Tokan Helmet dan BLH Motor.
Maklumat lanjut boleh layari http://www.gracshaw.com






























