Berita Tempatan

Elak jalan berlubang punca pekerja PBT maut

Cuba mengelak jalan raya berlubang dipercayai punca kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) maut dalam kemalangan di Kampung Sentosa Jaya, Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa yang juga...

Ketua balai tampar orang awam dipindah ke jabatan lain

Seorang ketua polis balai yang didakwa melakukan kekerasan terhadap orang awam baru-baru ini telah dipindahkan ke jabatan lain. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, langkah itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dalaman yang dilakukan oleh pihaknya. "Ketua polis balai...

Mayat berulat ditemui dalam Proton Wira

Mayat seorang lelaki ditemui berbau busuk dan berulat dalam Proton Wira di sebuah premis di Jalan Pasir Puteh, Ipoh pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu diterima...

Tampar orang awam, ketua balai disiasat

Polis akan menjalankan siasatan susulan video tular di media sosial memaparkan seorang individu dipercayai anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang didakwa melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki di tempat awam. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mengesan rakaman...

Jepun tarik diri projek kereta api laju (HSR) Malaysia

Syarikat Jepun menarik diri dalam projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, kata sumber kerajaan dan syarikat pada Khamis. Syarikat-syarikat itu, termasuk East Japan Railway, berharap untuk menggunakan sistem kereta api laju shinkansen dalam projek tersebut...

Kilang NEV pertama Malaysia bakal beroperasi tahun depan, pasang Neta

Kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) di kawasan perindustrian Chembong di Rembau bakal mewujudkan satu gelombang ekosistem baharu di Negeri Sembilan. Pembinaan kilang berkeluasan 29.68 hektar itu merupakan usaha sama Careplus dan pihak GoAuto menerusi Syarikat Joint Venture...

Dua beradik menang saman RM1.12 juta

Dua beradik yatim piatu yang mengalami kecederaan teruk selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori milik sebuah agensi penyelamat di Jalan Pantai Damak, Bachok pada Jun 2022 diputuskan menerima pampasan keseluruhan sebanyak RM1.12 juta. Keputusan itu dibuat Hakim...

Modenas rasmi lancar Kymco AK550 Premium, harga RM65,600

Modenas rasmi melancarkan Kymco AK550 Premium ke pasaran tempatan pada harga RM65,600. Skuter super touring tersebut akan mula berada di pusat jualan sah bermula Februari menerusi dua pilihan warna badan iaitu Flat Brown dan Black. Mematuhi regulasi Euro 4, AK550 Premium...

Honda dedah logo ‘H’ baharu

Honda mendedahkan logo baharu pada acara CES (2024). Bagaimanapun, pengenalan logo 'H' itu akan digunakan pada kenderaan elektrik (EV) masa depan. Ini bermakna rangkaian model ICE masih menggunakan versi lama. Rekaan logo baharu ini memperkenalkan elemen logo sedia ada, tetapi...

Gathering TZR 125 Ke 8 Mengukuhkan Ukhwah

  Menyingkap sejarah perhimpunan Yamaha TZR 125 bermula dari Tahun 2014.Dataran Senawang menjadi lokasi pertama berhimpunnya pemilik TZR 125. Motif perjumpaan tersebut lebih kepada acara mengeteh dan sesi berkenalan disamping berkongsi masaalah tentang jentera TZR masing-masing. Perjumpaan tersebut dihadiri seramai 35 orang...

MEDIA SOSIAL

150,296FansLike
1,048FollowersFollow
11,000FollowersFollow
4,390SubscribersSubscribe