Isu gandar belakang: Chery Malaysia lancar laman web khusus untuk periksa kenderaan terjejas

119

Berhubung isi gandar belakang yang mungkin menjejaskan 600 unit buat OMODA 5, Chery Auto Malaysia melancarkan laman sesawang baharu khusus untuk kemas kini produk berkenaan.

Pelanggan boleh melawati https://www.chery.my/chery-product-update untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini produk yang berkaitan dengan kenderaan Chery anda.

Anda hanya perlu memasuki laman sesawang berkenaan dengan memasuki Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN).



Nombor VIN anda boleh ditemui menerusi carian seperti gambar di bawah:

Menerusi kenyataan akhbar yang disiarkan menerusi laman Facebook Chery Malaysia berkata, selepas penyiasatan menyeluruh dan analisis mendalam daripada pasukan pakar dari China International, pihaknya sudah mengenal pasti punca isu yang disebabkan oleh peningkatan kemudahan di sana.

Menurutnya, pihaknya secara proaktif menghubungi pemilik kenderaan untuk menjadualkan pemeriksaan terperinci dan memberi keutamaan kepada kenderaan yang terjejas.

Sementara itu, Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, susulan siasatan menyeluruh, vendor melaporkan bahawa isu itu disebabkan oleh peningkatan kemudahan di sana.

“Ia berpunca di mana hujung mesin kimpalan automatik yang haus digantikan dengan hujung kimpalan baharu. Penggantian hujung kimpalan baharu mengakibatkan salah kalibrasi peralatan berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, pembuat kereta itu mengatakan bahawa terdapat sejumlah 60 unit kenderaan OMODA 5 dengan bahagian yang terjejas di Malaysia, dikeluarkan pada 15 Ogos 2023.

Namun, Chery Auto Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dengan melancarkan jaringan yang lebih luas dengan melaksanakan kempen perkhidmatan khas untuk memanggil dan memeriksa kenderaan OMODA 5 dengan gandar belakang yang dihasilkan antara 14 hingga 17 Ogos 2023, berjumlah 600 unit.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here