Dua beradik menang saman RM1.12 juta

846

Dua beradik yatim piatu yang mengalami kecederaan teruk selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori milik sebuah agensi penyelamat di Jalan Pantai Damak, Bachok pada Jun 2022 diputuskan menerima pampasan keseluruhan sebanyak RM1.12 juta.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Ahmad Bazli Badruddin pada 9 Januari lalu setelah bukti yang dikemukakan oleh plaintif dan meneliti serta menimbangkan keterangan saksi-saksi sepanjang perbicaraan dan hujahan kedua belah pihak.

Menurutnya, defendan perlu bertanggungjawab penuh dan membayar ganti rugi kepada kedua-dua plaintif iaitu Awangku Syaiful Nizam Awangku Maidin, 26, dan adiknya Awangku Syakil Daniel, 19.



Peguam yang mewakili kedua-dua plaintif, Nor Anis Hisham berkata, mahkamah memutuskan defendan perlu membayar ganti rugi am dan khas kepada kedua-dua anak guamnya.

“Kemalangan yang berlaku tersebut telah mengakibatkan kesakitan dan kesengsaraan kepada kedua-dua plaintif.

“Plaintif pertama telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan manakala plaintif kedua mengalami kecederaan pada bahagiankepala, paha dan lain-lain kecederaan,” katanya.

Awangku Syaiful Nizam dan adiknya memfailkan saman terhadap anggota dan ketua pengarah sebuah agensi penyelamat serta kerajaan Malaysia pada Jun 2022 melalui Tetuan Kuay & Partners.

Naimi Syahira Mohamad selaku peguam Persekutuan mewakili defendan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here