Lagenda Formula 1 Niki Lauda meninggal dunia

1836

Juara dunia Formula 1 tiga-kali, Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun. Pelumba dari Austria itu menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin, menurut satu kenyataan keluarganya kepada CNN.

Niki Lauda sebelum ini pernah terlibat dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya dan menjadi antara pelumba F1 terhebat dalam sejarah.

Niki Lauda during the Formula One Grand Prix of Great Britain at Silverstone on July 16, 2017 in Northampton, England.
Niki Lauda during the Formula One Grand Prix of Great Britain at Silverstone on July 16, 2017 in Northampton, England.

Lauda telah dimasukkan ke hospital awal tahun ini disebabkan influenza dan telah menjalani pemindahan paru-paru tahun lepas. Keluarganya berkata, “Kejayaannya yang unik dalam sukan F1 dan ahli perniagaan akan kekal dalam memori kami.”



Di luar mata orang awam, Niki Lauda seorang suami, ayah dan datuk yang penyayang dan mengambil berat.

Lauda yang mula menyertai F1 pada 1974, memenangi kejuaraan bersama Ferrari dan McLaren pada 1975, 1977 dan 1984, dengan dua kejuaraan tersebut dirangkul selepas kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Pada Grand Prix Jerman 1976, Lauda berlanggar dengan penghadang tepi jalan dan keretanya terbakar. Dia tersedut asap beracun dan mengalami melecur kulit yang teruk termasuk mukanya. Namun, dia kembali berlumba enam minggu kemudian.

Jika anda pernah menonton filem Rush, ia mengisahkan persaingan antara Niki Lauda dan pemandu British, James Hunt pada tahun 1976.

Selepas berlumba, Lauda terlibat dalam perniagaan syarikat penerbangan. Dia mengasaskan tiga syarikat penerbangan Austria – Lauda Air, Fly Niki dan Laudamotion. Lauda juga merupakan pengerusi bukan-eksekutif bagi pasukan Mercedes-Benz Grand Prix.

Pengetua pasukan Mercedes-AMG Petronas, Wolff berkata, “Niki akan sentiasa diingati sebagai antara lagenda terhebat dalam sukan ini – dia menggabungkan keperwiraan, kemanusiaan dan kejujuran di dalam dan di luar kokpit.”

Pasukan McLaren F1 pula menyiarkan kicau di Twitter mengatakan, “Niki akan sentiasa di hati kami dan terpahat di dalam sejarah kita.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here