Jangan Keliru – Ini ZX10R SE 2019

3625

Tiada faedah untuk bertekak sampai terkeluar anak tekak.Jangan keliru, ini adalah Kawasaki ZX10R SE 2019. Tapi ada yang cakap ini ZX10RR 2019. Mana satu yang betul?

 

Rujukan dan jawapan yang tepat adalah kepada pengedarnya di Malaysia iaitu Kawasaki Motors(Malaysia) Sdn Bhd. ZX10R SE2019, itu lah jawapan yang tepat. Model yang kelihatan seperti sebelumnya namun ada perbezaan yang perlu di terokai.



Tester berkesempatan menunggang uji model yang di kategorikan “Power” selama 3 hari.Jentera yang di katakan hebat di jalanraya dan juga di litar.

Diantara barisan Ninja ZX10R dan Ninja ZX10RR, Model Ninja ZX10R SE terletak di tengah-tengah. Dan kawasaki telah menaik taraf pada model ini untuk 2019.

Hampir 2 tahun, Tester tidak menunggang SBK. Bukannya anti kepada SBK, mungkin masanya sudah berubah untuk beralih kepada motosikal tegak atau kerana faktor usia. Itu yang dikatakan zaman berubah dan usia bertambah.

Mod Menunggang Ninja ZX10R SE, terdapat tiga tahap.  Full (Penuh), Medium (Sederhana), dan Low (Rendah). Juga terdapat KEBC(Kawasaki Engine Bracking Control) dan kawalan suspensi.Banyak kena hadam sebelum menunggang motosikal ini.

Bukan setakat itu saja macam-macam ada. KECS(Kawasaki Eletronics Controlled Suspension) Ninja ZX10R SE 2019 merupakan model Kawasaki pertama yang dilengkapi dengan penggantungan elektronik separuh aktif.

Canggih, terdapat sensor bersepadu di suspensi depan dan penyerap kejutan belakang, maklumat disalurkan oleh Unit Pengukuran Inersia (IMU) dan unit Kawalan Elektronik (ECU).

Sistem spara aktif ini disesuaikan dengan keadaan jalan raya dan menunggang dalam keadaan sebenar dengan redaman tepat pada setiap masa.

Model mantap, Ninja ZX10R SE dilengkapi roda aluminium Marchesini dan Sistem Kawasaki Quick Shift (KQS), berfungsi untuk mengurangkan dan menaikkan gear tanpa menggunakan klac.

 

Kawasaki Ninja ZX-10R SE bergaya sporty. Ini kerana ia mengekalkan ciri-ciri ZX10RR dengan kuasa kuda yang lebih tinggi iaitu 210hp .

Sesuai sungguh kepada mereka yang berjiwa kelajuan apatah lagi yang sering turun ke litar.

Tester cukup teruja semasa menguji model ini, terasa muda kembali. Anda tidak rugi, malah berbaloi dengan wang yang dibelanjakan bagi memiliki Kawasaki Ninja ZX10R SE.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here