165Hp Tiga Cylinder- Triumph Rocket 3R

1916

Memang sekali fikir tidak masuk akal. Triumph Rocket 3R motosikal dengan enjin tiga silinder 2,294cc di lancarkan.

Triumph Rocket 3 R

Ianya merupakan jentera terbesar dari mana-mana pengeluaran motosikal. Bukan khayalan malah ini adalah kenyataan.

Triumph Rocket 3 GT

Triumph Rocket 3R dan Triumph Rocket 3 GT, yang mempunyai tiga silinder 2,500cc. Menjadikan ianya mampu menguasakan 165 hp dan 163 lbs ft tork telah dilancarkan.



Ini merupakan pertambahan 11 peratus kuasa dari generasi sebelumnya iaitu Triumph Rocket 3 TFC.

Perbezaan dua variasi tersebut ialah, Triumph Rocket 3 R lebih dikenali sebagai ” Muscle Roadster”.Sementara model Triumph Rocket 3 GT adalah lebih kepada “Daya Penunggang.”

Kedua-dua varian ini mempunyai lampu berkembar LED, tiga kepala paip hidroform, pemijak kaki tersembunyi bagi pembonceng.

Rim jenis cast aluminium 20 spoke dengan saiz tayar belakang 240mm.

Triumph juga telah memasang Brembo Calipers Stylema yang baru, dipadankan dengan suspensi Showa.

Terdapat  paparan TFT , kawalan ABS di selekoh , dan kawalan daya tarikan bantuan IMU.

Bagi model GT juga tersedia pencahayaan LED, kawalan pegangan bukit (hill hold control), kawalan menunggang (cruise control), pencucuhan tanpa kunci (keyless), dan pemanas tangan (heater grips).

Motosikal ini dijangka akan berada di pasaran Eropah pada bulan Januari 2020.

Galeri: Triumph Rocket 3 R & Triumph Rocket 3 GT

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here