Projek kereta nasional ketiga: SUV elektrik bernama Mimco Alif?

3639

Kerajaan akan mengumumkan nama rakan niaganya untuk projek kereta nasional ketiga dan menurut The Edge, Alam Perkasa Consortium (APC) ialah salah satu pembida. Satu lagi pembida yang disenarai-pendek ialah Elenvi Otomotif.

APC dikatakan akan menubuhkan Malaysian International Motor Company (Mimco) untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV) yang akan mula dijual pada 2022.

Dalam sebuah temuramah, pengerusi APC, Mohamad Mansor Ngah berkata, pelan itu akan melibatkan “sebuah syarikat bahan komposit Itali” dan firma perekabentuk kereta terkenela, Giorgetto Giugiario dan anaknya, Fabrizio.



Menurut Mansor juga, syarikat itu dikatakan sudah bersedia dan tidak menggunakan sebarang dana awam, malah telah mengumpul dana sendiri sebanyak RM5 bilion.

Mansor berkata, jika terpilih oleh kerajaan, syarikat itu sudah ada prototaip yang tersedia dalam enam bulan – sebuah SUV saiz sederhana bernama Alif – dan akan dipamerkan di Geneva Motor Show pada Mac 2020. Mereka juga telah diberi slot untuk pamerkan kereta di situ.

“Ia akan menjadi kereta Malaysia kedua dipamerkan di acara itu,” kata Mansor, yang juga terlibat dalam penghasilan kereta Malaysia pertama dipamerkan di Geneva, iaitu konsep Proton EMAS.

Spesifikasi awal yang didedahkan ialah SUV itu akan mempunyai bateri 95kWh dan mampu dipandu sejauh 450km dengan kelajuan maksima 230km/j.

Ia juga akan dijual lebih banyak untuk pasaran eksport seperti Eropah, Amerika Syarikat dan China sebagai pasaran utama. “Pasaran tempatan untuk EV agak kecil, jadi 80% akan dieskpor,” katanya.

Pelancaran

Mengikut perancangan, projek kereta nasional ketiga ini akan dilancar di Malaysia pada 2022 dan pasaran lain pada 2023 selepas ujian iklim dilakukan. Dari 60,000 unit yang akan dihasilkan, 70% akan menjadi versi pemanduan kiri.

Untuk pengeluaran, APC merancang untuk membangunkan vendor tempatan. “Semua konponen termasuk rangkaian kuasa – kecuali bateri – akan dihasilkan di Malaysia oleh syarikat Malaysia atau syarikat Malaysia yang membuat usahasama.”

Dilihat ada lakaran Mimco Alif, SUV elektrik itu akan menampilkan rekaan gril petak dengan lampu dalaman, dan lampu depan nipis. Di tepi, badannya agak bersegi dengan panel timbul, dan terdapat lampu belakang yang “ditarik” sama lebar dengan badan kenderaan.

Ia mendapat roda aloi besar dengan rekaan turbin, dan logonya pula berbentuk bulat dengan elemen burung berwarna emas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here