Jorge Lorenzo kembali beraksi MotoGP Silverstone

1111

Pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo berkata, dia sedia kembali beraksi di Grand Prix British hujung minggu ini selepas terlepas empat perlumbaan terakhir MotoGP akibat kecederaan.

Jorge Lorenzo

Juara tiga kali MotoGP dari Sepanyol itu retak tulang belakang selepas terbabit kemalangan ketika sesi latihan di Assen, Belanda pada Jun lalu.



Honda dalam satu kenyataan awal pagi tadi berkata, mereka mensasarkan beliau untuk membiasakan dirinya dengan jentera dan menilai tahap prestasi.

Jorge Lorenzo sedia kembali semula bersama pasukan Repsol Honda Team selepas sekian lama sejak tragedi di Assen . “Saya sebenarnya tak sabar beraksi tetapi kecederaan ini bermakna saya perlu mengambil masa” katanya.

“Ketika di luar litar, saya tetap bekerja keras sebagai persediaan hadapi Silverstone. Namun, saya tahu ia mengambil masa untuk menjadi lebih pantas.”

Jorge Lorenzo yang menduduki petak pertama di Silverstone bersama Ducati tahun lalu. Beliau kini di tangga ke-19 keseluruhan dengan 19 mata berbanding Marquez 230 mata.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here