Boustead tarik diri – Tiada lagi stesen minyak BHPetrol?

2794

Boustead Holdings Bhd sedang dalam perbincangan untuk menjual semua sahamnya dalam Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BPM), yang mengoperasikan stesen petrol di bawah nama BHPetrol.

Menurut The Edge, melalui soalan-soalan yang dihantar olehnya, Boustead Holdings berkata, “Sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan, Boustead Holdings memegang beberapa pelaburan dalam pelbagai sektor ekonomi Malaysia.



“Kumpulan ini sentiasa mencari jalan untuk memperkukuhkan portfolio pelaburan pelbagai kami dan mengambil nilai terbaik dari pelaburan.”

“BPM hari ini ialah penyumbang utama kepada kumpulan dan di saat ini, ia masih aset yang berguna kepada kami. Sekiranya terdapat pengumuman yang boleh dibuat, kami akan melakukanya menurut kehendak.”

Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya satu perbincangan dengan satu pembeli sedang diadakan. Terdapat juga pihak lain yang berminat dengan aset itu.

RON97 turun 10 sen

BPM menjual petrol dan produk seumpamanya seperti diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta produk berkaitan seperti pelincir. Menurut laporan tahunan Boustead Holdings FY2018, BPM mengoperasikan 365 stesen minyak dan kedai runcit.

BPM adalah 70 peratus hak oleh Boustead Petroleum Sdn Bhd dan 30 peratus oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Juga difahamkan bahaw LTAT mempunyai 59.45 peratus saham di dalam Boustead Holdings. Walaupun setakat ini semuanya masih belum jelas, nampaknya LTAT tidak akan kekal di dalam BPM sekiranya Boustead Holdings menarik diri.

Semakan di CTOS mendedahkan bahawa PE Petroleum dimiliki sepenuhnya oleh Hesselink Investments, sementara Vitol Malaysia dimiliki pleh Vitol Malaysia BV, satu unit dari syarikat gergasi Belanda, Vitol Oil.

Sumber lain pula mengatakan yang mungkin juga terdapat minat dari Petroliam Nasional Bhd iaitu yang dimiliki oleh Petronas Dagangan Bhd sebanyak 69.88 peratus. Syarikat ini mempunyai lebih 1,000 stesen petrol dan 725 kedai runcit di dalam stesen.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here