Santai Gathering Honda 2019 himpun pemilik Honda pelbagai model!

4326

Pada 5 Oktober 2019 beberapa minggu lepas, telah berlangsung satu aktiviti Program Santai Gathering Honda. Ia bertempat di parkir hadapan tempat tapak belon udara panas Putrajaya.

Santai Gathering Honda ini julung kali diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah sesama rakan pemilik Honda.



Idea asalnya tercetus apabila rakan pemimpin dari GM2 Honda City, saudara Wan telah mempelawa rakan dari Civic X Community Malaysia untuk adakan Inter Teh Tarik.

Setelah saudara Wan berjumpa dengan wakil CXC dan presiden Accord Havoc, Nasuha dan berbincang, mereka sebulat suara mempelawa rakan-rakan pemilik kereta Honda yang lain untuk turut menyertai acara pada kali ini.

Atas pelawaan rakan rakan Honda yang dikenali, mereka telah melaksanakan perjumpaan dengan ketua-ketua serta presiden komuniti dan kelab. Idea asal sebagai Teh Tarik interclub gathering telah menjadi ramai. Oleh yang demikian, mereka bersepakat untuk adakan satu acara eratkan ukhwah di antara pemilik Honda.

Maka terjadilah acara himpunan ini, Santai Gathering Honda 2019.  Kehadiran kenderaan pada kali ini mencecah 300 buah, terdiri dari Honda Accord ‘old skool’ hinggalah ke model model-model baru dengan enjin baru.

Pada kali ini pihak pengurusan dapat sokongan dari kelab kelab komuniti Honda yang terdiri daripada:

Gd8 Malaysia Honda City 03-08
Honda SV4 Fifth Generation of Accord
BRV Owner Club
SV4
SM4 Sembang Honda
Ampang Accord Community
FitAria Society FAST
GM6 Society Malaysia
Civic X Community CXC
GM2 Malaysia
Kelab Pemilik Honda Accord Malaysia Havoc
HDCM Honda Diamond Community Malaysia
FCX Gen Shibikku.

Mereka juga telah mendapat tajaan dari Art of Detailling Kajang yang sudi menaja hadiah cabutan bertuah. Tajaan juga diterima dari ArtMania Sticker serta sahabat dan orang perseorangan.

Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja, jurugambar, rakan media serta ahli-ahli yang mempromosi di media sosial.

 

Penulis: MazlanCivic

Jurugambar: ShazmanShamsuddinPhotografy Gm6society dan rakan kelab

Video drone: Ewan CXC001, Studio22 , HD Production

1 KOMEN

  1. Soal jawab utk club honda
    Memberi tahu kpd yg ingin tahu, umpama spark honda engine vitec, brand mana yg bagus, dimana boleh beli dgn harga mampu beli
    Sebab kita tahu beli dgn agent honda harganya tak mampu beli

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here