Pachi HKM Speed Racing wakili Malaysia untuk FIM WEC

2306

PACHI HKM SPEED RACING mewakili Malaysia di kejohanan FIM World Endurance Championship di Litar Antarabangsa Sepang pada 14 Disember nanti.

Pelancaran Pasukan PACHI HKM RACING SPEED telah berlangsung di Motobatt Cafe,Setia Alam. Turut hadir Dato Razlan Razali Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang,Zulfahmi Khairuddin serta pemilik dua roda tempatan.

Dato Razlan turut hadir sewaktu perasmian pasukan

Apa yang menariknya tentang pasukan PACHI HKM SPEED RACING. Kesemua ahli pasukan bermula dari pihak pengurusan,krew dan pelumba adalah ‘Anak Malaysia’.



Perlumbaan yang pertama kali diadakan di Litar Antarabangsa Sepang di bawakan oleh Eurosport.FIM EWC, perlumbaan selama 8 jam tanpa henti.

Perlumbaan yang menumpukan ketahanan jentera dan juga pelumba.Konsep perlumbaan FIM World Endurance berbeza dengan MotoGP.

Sebanyak 50 pasukan dari seluruh dunia menyertai perlumbaan. Beberapa pelumba MotoGP turut menyertai kejohanan ini.

Najuib Alias..Prinsipal PACHI HKM RACING SPEED

Najuib Alias,prinsipal pasukan PACHI HKM RACING SPEED berkata, beliau bercita-cita untuk membawa pasukannya ke peringkat antarabangsa.

Apabila mendapat berita tentang perlumbaan yang bakal berlangsung di Malaysia, saya bertekad tidak akan melepaskan perlumbaan berlalu tanpa penyertaan pasukan kami.

Segala usaha bagi mendapatkan penajaan berjaya di perolehi. Alhamdulillah berjaya merealisasikan impian kami. Demikian tegas Najuib sewaktu di temubual.

Beliau yang berpengalaman dalam perlumbaan telah menamakan tiga pelumba bagi mewakili pasukannya.Farid Badrul Hisham,Hafiq Azmi dan Danial Haikal.

Farid Badrul,Danial Haikal dan Hafiq Azmi…

 

Dua nama yang tidak asing dan berpengalaman berlumba di peringkat antarabangsa. Sementara Danial Haikal merupakan muka baru yang meningkat naik serta berpotensi tinggi.

Tidak dinafikan pasukan ini masih muda dan julung kali menyertai kejohanan peringkat antarabangsa.Pasukan ini menggunakan jentera BMW S1000rr.

etamu yang hadir di upacara perasmian

Kesukaran menandingi pasukan berpengalaman bukanlah isu perlu di semai pada pelumba. Penyusunan pelumba serta strategi pelumbaan antara faktor yang perlu di fikirkan.

Stamina,fokus dan ketahanan mental pelumba. Itu faktor utama menyumbang prestasi pasukan walaupun kelebihan berlumba di tempat sendiri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here