Jorge Lorenzo kongsi gambar wefie bersama Dayana Roza di Bali

7041

Juara dunia MotoGP lima kali, Jorge Lorenzo telah mengumumkan persaraannya dari dunia MotoGP baru-baru ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas edisi MotoGP Malaysia selepas kurang berjaya dalam perlumbaan musim ini. Bagaimanapun, ada perkara menarik yang dikongsikan bekas pelumba MotoGP itu baru-baru ini, menerusi perkongsian Instagram. Ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia, Jorge Lorenzo kongsi gambar wefie bersama pelakon dari Malaysia, Dayana Roza.

Namun ia bukan sesuatu yang mustahil jika Jorge Lorenzo kongsi gambar berkenaan. Sebelum ini, mereka difahamkan sudah lama mengenali antara satu sama yang lain. Ketika Lorenzo mengumumkan persaraan daripada kejohanan MotoGP, Dayana turut memuat naik ucapan maju jaya buat Lorenzo.



View this post on Instagram

Was nice to see you here in Bali @dayanaroza!! 🤙

A post shared by Jorge Lorenzo (@jorgelorenzo99) on

Dayana Roza satu ketika dahulu pernah muncul dalam filem Minah Moto dan Mat Moto Otai arahan pengarah tersohor Ahmad Idham.

Antara pencapaian terbaik Jorge Lorenzo dalam karier MotoGP adalah muncul juara ketika mewakili pasukan Fortuna Aprilia pada tahun 2006 dan 2007, tempat pertama pada edisi MotoGP tahun 2010 ketika mewakili pasukan ketika mewakili pasukan Fiat Yamaha, tempat pertama pada edisi MotoGP tahun 2012 ketika mewakili Yamaha Factory Racing dan juara edisi motoGP tahun 2015 ketika mewakili pasukan Movistar Yamaha MotoGP.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here