Norbert Michelisz muncul juara keseluruhan WTCR 2019

1066

Perlumbaan FIA World Touring Car Cup 2019 (WTCR) melabuhkan tirainya diamana pelumba BRC Hyundai N Squadra Corse, Norbert Michelisz muncul juara keseluruhan WTCR 2019 dan memenangi gelaran Raja WTCR.

Michelisz muncul juara keseluruhan WTCR 2019 selepas mengumpul 370 mata apabila menamatkan perlumbaan 3 di kedudukan ke-5.



Pelumba INKL.COM Münnich Motorsport Honda, Esteban Guerrieri bersaing sengit dengan Michelisz sebaik perlumbaan dengan kedua-duanya mengekori rapat di peringkat awal perlumbaan.

Meskipun Esteban Guerrieri kembali menghidupkan peluang selepas menjuarai perlumbaan 2 namun kegagalan menamatkan aksi di perlumbaan 3 menyaksikan kejuaraan jadi milik Michelisz.

juara keseluruhan WTCR 2019

Bagaimanapun, harapan untuk Esteban Guerrieri merampas kejuaraan dari Michelisz tidak kesampaian apabila menyudahkan perlumbaan lebih awal selepas terlibat dalam pelanggaran dengan Kristoffersson.

Selesa dengan ketiadaan Guerrieri di litar, Michelisz menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Sementara itu, tempat kedua jadi milik Mikel Azcona daripada PWR Racing dan Kevin Ceccon daripada pasukan Alfa Romeo Giulietta Veloce TCR, ketiga.

Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi dalam kelas MotoGP musim ini menamatkan perlumbaan 1 di kedudukan ke-25 manakala perlumbaan 2 melonjak ke kedudukan 22, iaitu keputusan yang lebih memberangsangkan.

Pada perlumbaan ketiga pula, Hafizh tampak lebih selesa mengendalikan perlumbaan empat roda apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16.

Perlumbaan WTCR di Sepang ini adalah kemuncak musim 2019 dengan penentu gelaran juara bagi klasifikasi pelumba dan pasukan ditentukan di Malaysia. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here