‘SERIAN DURIAN RIDE” – Penutup Program SAMA 2019

2110

SAMA (Sarawak Motorcycle Association) menutup tirai program 2019 dengan mengadakan konvoi “Serian Durian Ride” baru-baru ini.

Bermula dari Stesen Jernang Petronas melalui Lebuhraya Kuching-Samarahan, Jalan Kuching Outer Ring, Jalan Kuching-Serian (Jalan Tun Hussein Onn) menuju ke Tasik Danu Serian.



Di ketuai oleh Presiden SAMA Datin Seri Elly Zalilah Mohd Yusoff .Konvoi yang cukup panjang membabitkan 350 orang penunggang motorsikal dari pelbagai jenis.

Dato Seri Shahrizal (depan) dan Datin Seri Elly Zalilah(menunggang Spyder)

Pengasas Kuching International Bike Week, Dato Seri Shahrizal Mohd Ishak tidak ketingalan menyertai konvoi penutup program SAMA bagi tahun 2019 .

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan isterinya, Datin Zuraini Abdul Jaabar antara peserta konvoi yang mencatat sejarah SAMA.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datin Zuraini Abdul Jaabar penglibatannya menceriakan konvoi

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sememangnya tidak asing bagi pemilik dan penunggang motosikal di Sarawak. Beliau seorang penunggang berpengalaman dan kental.

Dapat di lihat program diadakan bertujuan meningkatkan hubungan antara ahli pelbagai kelab motosikal di negeri Sarawak.

Mereka terdiri daripada semua denominasi sama ada memiliki motosikal besar dan kecil serta dari pelbagai kaum dan agama.

SAMA secara rasmi didaftarkan pada 15 Ogos lalu. Terdapat 100 kelab motosikal  tempatan di negeri Sarawak berpayung di bawah SAMA.

Kenangan SAMA di Tasik Danu Serian

Satu kejutan, SAMA belum berusia setahun namun telah memiliki 4,000 ahli yang berdaftar.

SAMA berhasrat untuk diiktiraf sebagai badan berkuasa motosikal negeri, bertindak sebagai platform rasmi untuk semua penunggang motosikal Sarawak.

Presiden SAMA(tengah) meraikan ahli SAMA yang menyertai program

Peserta konvoi “Serian Durian Ride” telah di jamu sebanyak 500 biji buah durian di Kampung Sorak Melayu yang ditaja oleh SAMA.

Semoga usaha SAMA dalam memperjuangkan hak penunggang motosikal untuk menggunakan jalan raya yang selamat dan sopan mencapai matlamat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here