Ferrari Purosangue: SUV pertama Ferrari sedia dilancarkan

3286

Menyedari perkembangan dunia automotif yang kini bukan sahaja bercakap mengenai sedan, pengeluar kereta sport, Ferrari mengumumkan ia juga akan memperkenalkan SUV dengan ciri crossover iaitu Ferrari Purosangue.

Purosangue

Malah rancangan besar Ferrari ini sudah diumumkan pada tahun lepas. Dikatakan pengeluar kereta sport dari Itali ini telah mengumumkan akan menjadikan kereta jenis SUV ini dengan teknologi Hybrid.



Sekarang secara rasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Louis Carey Camilleri menegaskan bahawa SUV atau jenis crossover pertama yang dibuat oleh Ferrari akan dinamakan Purosangue yang bermaksud ‘darah tulen’.

Projek Purosangue adalah rancangan masa depan untuk Ferrari yang sebelum ini akan diperkenalkan pada tahun 2020, tetapi ditangguhkan sehingga tahun 2022. Camilleri berkata kelewatan itu akan membolehkan Ferrari menjadikannya lebih sempurna.

Purosangue

Ini juga sejajar dengan kenyataan bos Ferrari dan Ketua Pegawai Eksekutif Fiat Chrysler Automobiles sebelum ini, Sergio Marchionne. Beliau berkata akan terus mengutamakan bahagian eksklusif jenama Ferrari.

“Kami sangat serius mengenai perkara ini, tetapi sebelum keputusan pengeluaran dibuat, Ferrari mesti terlebih dahulu menguasai hubungan antara aspek eksklusif dan kekurangan produk, kemudian kita harus menyeimbangkan keinginan untuk berkembang dengan portfolio produk yang melebar,” kata Marchionne beberapa waktu lalu.

Purosangue

Selaras dengan ini, Camilleri juga enggan merujuk kepada Purosange sebagai SUV. “Saya tidak suka mendengar SUV dalam ayat yang sama dengan Ferrari,” kata Camilleri. Menurutnya, Ferrari Purosangue adalah kenderaan utiliti empat pintu bernama FUV (kenderaan utiliti Ferrari).

Camilleri juga menyediakan beberapa butiran baru tentang ciri-ciri jentera baru ini. Antaranya adalah seperti penggunaan casis 4 tempat duduk, 4 wheel drive, dan sistem pembinaan front-mid engine (enjin depan-tengah).

Menariknya, Ferrari juga akan kembali menggunakan enjin V6 yang lebih kecil, kemudian dipasangkan dengan sistem teknologi hibrid. 

Purosangue mungkin menjadi kereta Ferrari pertama yang menampilkan badan kenderaan dengan lima pintu. Akan tetapi ia akan mempunyai gaya coupe yang lebih ramping daripada pesaingnya, Lamborghini Urus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here