JPJ: Tiada lagi pegawai di sebelah calon ketika ujian memandu

3127

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara, Jun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.



“Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon ketika ujian dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.

“Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan,” katanya.

jabatan pengangkutan jalan
Datuk Seri Shaharuddin Khalid

Beliau berkata, bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis.

“Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di sini hari ini.

Sementara itu menyentuh mengenai isu cermin gelap kenderaan, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu saja. Berbanding sebelum ini, pemilik turut dikenakan tindakan sama.

“Penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman.

“JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here