Kempen Petronas Coffee Break Tahun Baru Cina 2020 tawar kopi, snek dan pelbagai promosi

2605

Petronas Dagangan Berhad (PDB) hari ini melancarkan kempen Petronas Coffee Break untuk perayaan Tahun Baharu Cina 2020.

Selain dari pek tradisi kopi Nescafe dan snek kepada pelanggan di 160 stesen Petronas terpilih seluruh negara, syarikat itu turut menawarkan pelbagai promosi dan baucar dari Kedai Mesra, Setel, Tealive, Dunkin’ Donuts, Shopee dan Touch ‘n’ Go.



Pek snek pula adalah terdiri daripada produk Nestle, Julie’s, Delfi dan Adabi. Tambahan lagi, PDB turut menyediakan pusat pemeriksaan motosikal oleh Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) dan pemeriksaan kesihatan oleh St. John Ambulance Malaysia (SJAM) di stesen terpilih.

PDB juga menaja petrol untuk 50 buah ambulans SJAM yang disediakan di sepanjang lebuhraya.

Untuk menggalakkan penggunaan aplikasi Setel, Petronas menawarkan cashback RM5 untuk pengguna yang mendaftar dan mengisi RM30 ke dalam e-wallet.

Dengan pengisian minima RM30 bahan api juga, pelanggan layak mendapat ang pow eksklusif Petronas dan diskaun RM2 untuk minuman Tealive.

Pengisian RM50 dan ke atas pula melayakkan pelanggan untuk menerima kopi percuma dari Dunkin Donuts selain tawaran di atas, berserta kod promo istimewa Shopee.

Dari 23 hingga 26 Januari juga, caj RM0.50 untuk isian semula Touch ‘n’ Go juga akan dihapuskan apabila anda membuat transaksi di mana-mana stesen Petronas.

Pelbagai lagi tawaran dan diskaun ditawarkan bersempena musim perayaan kali ini seperti hadiah mata Kad Mesra sehingga 20,000, serta hadiah wang tunai sehingga RM100,000. Untuk maklumat lanjut, layari www.mymesra.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here