Ancaman Covid-19, muzium Ducati dan Piaggio juga ditutup buat sementara waktu

1293

Virus Corona atau Covid-19 telah merebak ke pelbagai negara di Eropah. Di Itali, lebih 200 orang dijangkiti virus ini.

covid-19

Sedar akan betapa bahayanya Covid-19 ini, Ducati mmengambil keputusan untuk menutup muzium mereka di Itali buat sementara waktu dan juga melarang pelbagai kunjungan ke fasiliti pengeluaran. 



“Kami memaklumkan, menurut arahan yang diterima dari Pemerintah iaitu Emilia-Romagna dan Kementerian Kesihatan. Semua lawatan ke muzium, kilang dan Physichal Education Laboratory in Motorbike dilarang dari 24 Februari 2020 hingga Mac 2020,” kata Ducati.

Bukan itu saja, perkara yang sama dilakukan oleh Piaggio. Pengeluar skuter legenda itu juga menutup muzium mereka di Pontedera, bermula pada 25 Februari sehingga masa yang akan ditetapkan kemudian. 

“Sebaik sahaja keadaan kesihatan semakin baik, kami akan membuka semula muzium ini kepada orang ramai,” seperti yang dipetik dari laman web rasmi Piaggio Itali.

Sebelum ini, Ferrari memutuskan untuk menutup muzium mereka di Maranello Itali. Seperti Piaggio, pengeluar dengan logo Prancing Horse itu juga melarang lawatan di kilang, walaupun untuk tujuan perniagaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here