Porsche 356 B Carrera 2 GS Cabriolet 1963, Porsche termahal dijual di eBay

1625

Porsche 356 B Carrera 2 GS Cabriolet 1963 ini bukan hanya salah satu model Porsche klasik terbaik di dunia tetapi juga merupakan model Porsche termahal. Ia kini disenaraikan untuk dijual di eBay, mengatasi harga Porsche 918 Spyder Weissach

Porsche 356 B Carrera 2 GS Cabriolet 1963

Diantara tahun 1960 hingga 1963, hanya 67 unit Porsche 356 B Carrera 2 GS Cabriolet pernah dihasilkan, dan jentera ini adalah salah satu daripada 22 unit yang dihasilkan pada tahun 1963.



Ianya juga merupakan salah satu daripada hanya dua model yang dihasilkan dengan warna merah dan ruangan dalam yang bewarna hitam. 

Porsche 356 B Carrera 2 GS Cabriolet 1963

Ia dikatakan akan disertakan dengan nombor enjin, kotak gear, panel badan dan ruangan lantai yang asal.

Pakej jualan ini termasuk manual pengguna yang asal, buku pendaftaran yang asal, sijil spesifikasi pengeluaran dari Porsche, invois restore jentera ini, tool kits, dan pelbagai salinan dari pelbagai artikel majalah yang memaparkan kereta ini.

Sebelum diletakkan di bilik pameran Daniel Schmitt & Co Classic Car Gallery di Saint Ann, Missouri, Porsche 356 ini berada di Eropah. Pada tahun 2017, pemeriksaan teknikal yang menyeluruh telah selesai dan pemulihan mekanikal telah dilakukan pada jentera ini di Leverkusen, Jerman.

Kereta ini hanya pernah dipandu sejauh 104,513km, berdasarkan pada odometernya. Untuk membeli secara terus, ia berharga USD1,499,900 (RM6.3 juta). Tetapi untuk bidaan, ia akan dibida bermula dengan harga USD1,380,770 (RM5.8 juta).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here