Tesla Model Y: Unit pengeluaran Tesla yang ke sejuta

1504

CEO Tesla, Elon Musk telah mengumumkan penghasilan kenderaan elektrik mereka yang ke sejuta melalui Twitter.

Musk membuat pengumuman itu dengan berkongsi gambar jentera itu, iaitu Tesla Model Y yang bewarna merah, dan mengucapkan tahniah kepada pasukan Tesla atas kejayaan penghasilan jentera itu.

Tesla Model Y



Ia merupakan saat yang penting untuk syarikat pembuat kereta yang ditubuhkan pada tahun 2003 itu.

Tesla telah mengeluarkan jentera pertama mereke iaitu Roadster pada tahun 2008 dan ini bermakna mereka telah mengambil masa selama 12 tahun untuk mencapai kejayaan ini. Walau bagaimanapun, mereka boleh mencapai pengeluaran yang ke 2 juta berdasarkan sasaran terkini mereka.

Dalam laporan pendapatan pada bulan Januari, Tesla berkata ia berharap dapat menghantar lebih daripada 500,000 kereta di seluruh dunia pada tahun 2020. Syarikat pengeluar yang lain seperti Toyota dan Volkswagen masing-masing telah menghasilkan lebih dari 10 juta kenderaan pada setiap tahun.

Walau bagaimanapun, pencapaian Tesla merupakan pencapaian yang luar biasa untuk permulaan syarikat automotif yang hanya menghasilkan kenderaan elektrik.

Syarikat pengeluar kereta elektrik ini mula mula mendapat perhatian di kalangan pengguna apabila mereka mula memasarkan produk mereka di luar Amerika Syarikat. Pada akhir tahun lepas, mereka memperkenalkan jentera pertama mereka yang dihasilkan oleh Gigafactory di Shanghai.

Tesla Model Y

Selain itu, Tesla juga sedang menyiapkan Gigafactory keempat mereka di Berlin, Jerman, selepas mahkamah memutuskan bahawa kerja-kerja pembinaan boleh diteruskan berikutan cabaran dari kumpulan pencinta alam sekitar.

Pada bulan ini, Tesla dijangka akan mula menyerahkan model keluaran terbarunya, Tesla Model Y. Sementara itu, Tesla Cybertruck dijangka akan mula dihasilkan pada penghujung tahun 2021.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here