Isuzu D-MAX 1.9 harungi cabaran – 1 tan beban, 1,000km pusing Malaysia dengan satu tangki penuh

2077

Beberapa tahun lepas, Isuzu D-MAX membuktikan kemampuan penjimatannya dengan Dura Miles Challenge dari Bangkok ke Singapura dengan satu tangki bahan api.

Isuzu Malaysia baru-baru ini meletakkan D-MAX 1.9 Blue Power ke suatu cabaran lebih getir. Trak pikap ini akan dipandu menaiki puncak-puncak tertinggi di negara ini dengan jarak perjalanan lebih 1,000km. Untuk lebih cabaran, Isuzu D-MAX itu diletakkan beban maksimum 1,000kg di belakangnya.



Ia berjaya mengharungi semua cabaran ke puncak Banjaran Titiwangsa dan sampai ke destinasi dengan tangki minyak berbaki 2 bar.

Sebelum memulakan perjalanannya dari kilang Isuzu-Hicom di Pekan, Pahang, trak D-MAX 1.9 Single Cab itu telah diperiksa dengan terperinci oleh PUSPAKOM bagi memastikan ia berada di tahap standard kilang. Kemudian, beban 1,000kg diletakkan di ruang kargo belakang.

Dengan kotak beban, hud dan tangki minyak ditutup kemas, ia memulakan perjalanan ke arah Utara untuk cabaran pertamanya – lebuhraya Timur-Barat menghubungkan Jeli di Kelantan dan Gerik di Perak. Laluan ini mencapai ketinggian 1,052m sebelum trak tiba di Ipoh untuk bermalam.

Hari berikutnya, perjalanan lebih mencabar kerana trak Single Cab putih itu perlu mendaki 1,112m ke Tanah Rata di Cameron Highlands, sebelum menghala pula ke Bukit Fraser melalui Raub.

Dari sana, perjalanan terus pula ke cabaran lebih besar, iaitu pendakian 1,604m ke Genting Highlands sebelum mengakhiri cabaran di Isuzu Service Centre di Shah Alam. Jumlah jarak perjalanan ini mencecah 1,145km.

Menggunakan hanya 7.2L/100km (13.7km/L) bahan api berdasarkan bacaan computer kenderaan, Isuzu D-MAX 1.9 Single Cab sampai ke garisan penamat dengan baki bahan api yang agak banyak dari tangki 76-liternya.

Isuzu D-MAX 1.9 Blue Power ini dijana oleh enjin serba baharu dari Isuzu yang lebih cekap, berkuasa dan ringan dari enjin 2.5-liter sebelum ini. Untuk maklumat terperinci mengenai perbezaan dan penambahbaikan pada enjin 1.9 Blue Power, boleh baca di sini.

Semua model Isuzu D-MAX termasuk 1.9-liter Single Cab dilindungi dengan jaminan 5-tahun 150,000km. Untuk maklumat lanjut, layari www.isuzu.net.my/pickup atau laman sosial Isuzu Malaysia di @ISUZU.DMax.Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here